Tarikh Tutup: 3 Jun 2025
*Video/Gambar Selepas Perlaksanaan
*Berat Lembu 60-70 Kg atau lebih
*Lebih 3000 ekor sejak 2020
*1 bahagian lembu – RM290 sahaja
Korban, juga dikenali sebagai Udhiyah, adalah pengorbanan haiwan semasa Hari Raya Aidiladha untuk memperingati kesediaan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya sebagai tanda ketaatan kepada Allah.
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi (1493)]
Maahad Tahfiz Fathul Rahman
Kami memilih hanya haiwan yang sihat yang memenuhi semua keperluan Syariah untuk pengorbanan Korban yang sah.
Kami memastikan daging diagihkan secara adil kepada yang memerlukan mengikut garis panduan Islam.
Contoh nama peserta korban
Proses 4 langkah mudah.
Isi borang pendaftaran mudah kami dan pilih pakej pilihan anda.
Melalui FPX ToyyibPay
Pada hari-hari Tasyrik 10,11,12 & 13 Dzulhijjah
Terima gambar atau video sebagai bukti penyempurnaan.
Cari jawapan untuk soalan-soalan biasa tentang perkhidmatan Korban kami.
Daging korban wajib, contohnya seperti korban nazar adalah haram dimakan oleh orang yang berkorban. Daging korban sunat pula, contohnya seperti korban Eidul Adha adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban sekadar untuk sekali makan, selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah. Diutamakan fakir miskin daripada keluarga, kemudian fakir miskin yang menjadi jiran tetangga.
Jantung hati ternakan korban sunat dimakan, kerana menurut hadis riwayat Al-Baihaqi:
“Rasulullah SAW memakan hati korbannya.”
Allah swt juga menyuruh orang yang berkorban memakan sedikit daripadanya, sebagaimana firman Allah swt surah Al-Haj 28 yang bermaksud:
“Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir.”
Daging dan kulit haiwan korban dilarang diperjualbelikan, kerana menurut hadis riwayat Al-Hakim yang disahihkannya, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang menjual kulit korbannya maka tidak ada korban baginya.”
Demikian pula tidak boleh memberikannya kepada penyembelih sebagai upah. Kulit ternakan korban halal dimanfaatkan oleh yang empunya, seperti membuat bekas air dan sebagainya
Golongan yang dianjurkan atau diperintahkan untuk melaksanakan ibadah korban ialah:
Orang yang mempunyai kelebihan belanja dan keperluan diri dan tanggungannya seisi keluarga pada hari Eidul Adha dan tiga hari sesudahnya, iaitu hari Tasyrik, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Orang yang mampu makruh meninggalkan ibadah korban, kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud:
“Sesiapa yang mempunyai kelapangan tetapi tidak berkorban, maka hendaklah dia mati dalam keadaan mati Yahudi atau mati Nasrani, jika dia mahu.”
Hadis lain pula menyatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
“Sesiapa yang mempunyai kelapangan, tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”
Sunat hukumnya berniat untuk melaksanakan ibadah korban bagi orang yang berkorban pada tanggal 10 Zulhijjah, tidak membuang rambut atau bulu-bulu yang ada di tubuhnya, seperti berpangkas, mencukur misai atau janggut, memotong kuku dan sebagainya, hingga haiwan korbannya selesai disembelih.
Ummu Salamah menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“Apabila kamu melihat awal bulan Zulhijjah, dan salah seorang di antara kamu bermaksud akan berkorban, maka hendaklah ia menahan rambut dan kuku-kukunya.”
Jenis
haiwan yang sah untuk dijadikan haiwan untuk ibadah korban
adalah: 1. Kibas, biri-biri atau domba
2. Kambing
3. Lembu, kerbau
4. Unta
Haiwan-haiwan
tersebut haruslah jinak, yang terdiri daripada haiwan
ternak atau peliharaan. Haiwan liar seperti kambing hutan
atau seladang yang hidup di dalam rimba, tidak sah
dijadikan korban.
Umur minima bagi haiwan yang boleh dijadikan korban ialah:
Rupa bentuk serta kesihatan haiwan korban telah ditentukan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud:
“Empat perkara yang tidak boleh pada haiwan korban ialah yang nyata benar buta matanya, yang nyata benar sakitnya, yang nyata benar pincang kakinya dan yang kurus kering tidak ada sum-sumnya (Riwayat Tarmizi)
Haiwan yang patah tanduknya tetapi tidak sampai mengurangi daging, sah dijadikan korban. Akan tetapi haiwan yang patah tanduknya, tercabut sampai ke pangkalnya sehingga mengurangi daging, tidak sah dijadikan korban. Haiwan yang putus telinga atau putus ekornya, jika masih melekat atau belum terpisah dari asalnya, sah dijadikan korban. Akan tetapi jika terpisah dari badannya, tidak sah dijadikan korban.
Jantina haiwan korban bukan merupakan syarat sah korban. Sah dijadikan korban haiwan jantan, betina ataupun kunsha. Haiwan yang sedang hamil tidak sah dijadikan korban. Akan tetapi haiwan yang dikebiri (dikasi), boleh dikorbankan, kerana hadis riwayat Abu Daud, Ahmad dan lain-lainnya ada menyatakan:
“Bahawa Rasulullah s.a.w. telah berkorban dengan dua ekor kibas yang telah dikebiri.”
Manakala dalam riwayat Imam Ahmad pula, Abu Rafi’i berkata:
“Rasulullah s.a.w. berkorban dengan dua ekor kambing yang putih kehitaman dan buah zakarnya telah mengembang sehingga dagingnya lebih baik dan enak. Kemudian beliau meyerukan untuk berlumba-lumba memilih haiwan korban yang terbaik.”
Seekor
kambing atau biri-biri merupakan kadar minima ibadah
korban yang cukup untuk satu keluarga. Pendapat ini sesuai
dengan hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmidzi dan Ibnu
Majah dari ‘Athaa ibn Yasar, ujarnya:
” Aku telah bertanya kepada Abu Ayub Al-Anshary:
Berapakah korban yang tuan-tuan lakukan pada masa
Rasulullah? Abu Aiyub menjawab: Ada seorang lelaki pada
masa Nabi s.aw. berudhiyah seekor kambing untuk dirinya
dan ahli keluarganya. Mereka makan sebahagian daging itu
dan sebahagian diberikannya kepada orang lain, hingga
manusia telah termengah-mengahan dengan udhiyah itu, dan
terjadilah seperti engkau persaksikan sekarang ini.”
Seekor lembu atau unta boleh dikongsi 7 orang, kerana menurut hadis Muslim dari Jabir:
“Pada musim haji, Rasulullah s.a.w. telah menyuruh kami berkongsi 7 orang pada seekor unta dan seekor lembu.”
Hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Al-Barqani menyatakan:
“Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami: “Berkongsilah kamu dengan seekor unta dan lembu, untuk 7 orang seekor.”
Di samping itu, pernah para sahabat berkongsi 10 orang untuk satu unta yang dijadikan korban tanpa dilarang oleh Rasulullah s.a.w.
Waktu penyembelihan haiwan korban bermula apabila khatib turun dari atas mimbar selepas khutbah solat Eidul Adha pada 10 Zulhijjah sehingga terbenamnya matahari pada 13 Zulhijjah. Maka tempoh menyembelih haiwan korban hanya empat hari dalam setahun iaitu pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah.
Sesiapa yang menyembelih korban sebelum atau sesudah waktu itu, tidak sah korbannya, kerana maksud hadis riwayat Bukhari dan Muslim menyatakan:
“Yang mula-mula kami perbuat pada hari kami ini (hari raya haji) ialah kami solat kemudian pulang, lalu kami meyembelih. Sesiapa berbuat begitu maka dia sesuai dengan sunah kami. Sebaliknya sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka sesungguhnya itulah daging yang disuguhkan kepada keluarganya tidak sedikitpun termasuk ibadat (korban).”
Said Sabiq dalam kitabnya “Fiqhus Sunnah”, membolehkan daging korban dipindahkan ke negeri lain.
Juga dibolehkan wang dari suatu negara ke negara lain dengan tujuan untuk membeli haiwan korban dan menyembelihkannya di negeri itu.
Said Ahmad bin Zaini Dahlan, Mufti Mazhab Syafi’e di Mekah, pernah ditanya orang tentang masalah itu dan juga apakah sama hukumnya dengan aqiqah?
Said Al-Bakri dalam kitabnya “I’anatut Thalibin” memuat jawapan terhadap pertanyaan tersebut, jawabnya ialah sah dan boleh berwakil untuk pembelian korban dan aqiqah dan boleh pula berwakil untuk menyembelihnya walaupun orang yang empunya di luar negeri.
Imam kita (mazhab Syafi’e) berpendapat bahawa orang yang halal sembelihannya boleh berwakil kepada orang lain untuk menyembelih korban. Dan boleh pula berwasiat untuk membeli haiwan dan menyembelih korban. Sedangkan yang empunya korban itu sunat menyaksikan upacara penyembelihan korbannya.
Dalam hal ini hukumnya adalah sama dengan hukum untuk ibadah aqiqah.
Penentuan hukum ini bersandarkan sebuah riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengirim haiwan hadiah (korban) dari Madinah ke Mekah untuk disembelih di Mekah.
Walaupun begitu, tidak boleh seseorang melakukan korban bagi pihak orang lain kecuali dengan izin orang yang bersangkutan itu. Syarat ini tidak termasuk ibadah korban yang dilaksanakan untuk ahli keluarga sendiri .
Maka ayah boleh menyembelih korban untuk anaknya, dan begitu juga sebaliknya, anak boleh menyembelih korban ibu yang menjadi tanggungannya, meskipun yang bersangkutan tidak diberitahu.
Adapun orang yang sudah mati sedangkan pada masa hidupnya ada berwasiat untuk berkorban, maka ahli warisnya hendaklah melaksanakan korban untuknya. Wasiat itu dianggap sebagai izinnya.
Perkara
yang disunatkan ketika penyembelihan korban adalah:
1. Bermula dengan “Bismillahir rahmanir rahim.” Imam Malik
menyatakan bahawa setiap penyembelihan yang tidak bermula
dengan “bismillah” hukumnya haram, baik ditinggalkan
dengan sengaja atau lupa.
Imam Abu Hanifah pula berpendapat, jika ditinggalkan dengan sengaja, haram, tetapi jika ditinggalkan kerana lupa, halal. Imam Syafi’e berpendapat sunat membacanya. Jika tertinggal baik dengan sengaja atau lupa, hukumnya halal, asal saja penyembelih itu orang yang mengetahui.
Maksudnya: “Ya Allah, nikmat ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, maka terimalah daripadaku.”
“Buangkan pisau yang ada di tanganmu, kemudian rukuklah (solatlah) dua rakaat kerana sesungguhnya tiada seorang yang solat dua rakaat (selesai meyembelih) dan memohon sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan memperkenankannya.”
2:
Apakah dalil yang mensyariatkan ibadah korban?
J: Dalil yang mensyariatkan ibadah korban ialah firman
Allah S.W.T.;
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. –
Surah al-Kautsar, ayat 2. Maksud solat ataupun sembahyang
pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan
dengan menyembelih ialah berkorban. Imam Ibnu Jarir
mentafsirkan ayat tersebut seperti berikut:
“Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah semata dengan
sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya.
Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya
untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai tanda syukur
terhadap apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yang
tidak terhingga banyaknya”. Wallahuaklam
3:
Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?
J: Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan
korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat
besar daripada Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W
bersabda:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari
Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan
darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang
korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk,
kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban
itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh
itu, elokkanlah korban kamu.” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu
Majah dan Hakim. Wallahuaklam
4:
Apakah hikmah korban?
J: Hikmah sebenar sesuatu ibadah hanya Allah S.W.T. sahaja
yang tahu. Walau bagaimanapun ibadah korban yang menjadi
amalan umat Islam sekarang mempunyai kaitan yang sangat
rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim A.S.
dengan anaknya Nabi Ismail A.S. Maka dengan melihat kepada
peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat disimpulkan;
1. Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang
yang berkorban.
2. Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri
daripada sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan
harta yang Allah S.W.T kurniakan kepadanya.
3. Berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan golongan
yang kurang bernasib baik atau miskin.
4. Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar Islam
iaitu berkorban.
Wallahuaklam
5:
Adakah ibadah korban dilakukan pada zaman Nabi-nabi yang
terdahulu dan bagaimana ia dilaksanakan?
J: Mengikut riwayat yang boleh kita perolehi amalan ibadah
korban telah dilaksanakan dari zaman Nabi Adam A.S lagi
sehingga zaman Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. Secara
ringkasnya sejarah perlaksanaannya adalah seperti berikut;
Pada
zaman Nabi Adam A.S, peristiwa korban Habil dan Qabil
menunjukkan betapa korban memainkan peranan yang sangat
penting dalam menentukan hidup manusia. Kisah mereka telah
dinukilkan di dalam al-Quran surah al-Maidah, ayat 27.
Maksud Ayat: “Dan bacakanlah kepada mereka berita tentang
dua anak Adam iaitu Habil dan Qabil dengan benar, ketika
anak Adam itu mempersembahkan korbannya, maka Allah
menerima korban salah seorang dari keduanya iaitu Habil
dan tidak diterima korban yang seorang lagi iaitu Qabil.
Qabil berkata: ‘Aku pasti membunuhmu?’ Habil berkata:
‘Sesunguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang
yang bertakwa’”.
Pada zaman Nabi Nuh A.S pula, setelah peristiwa taufan berlaku, Nabi Nuh menyediakan satu tempat khas untuk korban. Ada riwayat yang mengatakan bahawa haiwan korban tersebut dibakar.
Manakala pada zaman Nabi Ibrahim A.S, korban bermula dengan roti dan sebagainya, kemudian anak sapi, kambing dan biri-biri. Peristiwa penyembelihan anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail ialah ujian pengorbanan yang paling getir dihadapi oleh Nabi Ibrahim A.S. Kisah ini telah Allah rakamkan dalam al-Quran surah Ash-Shaffat, ayat 103-107.
Pada zaman Nabi Musa A.S, cara korban ialah dengan membahagikan binatang yang disediakan untuk korban kepada 2 bahagian, sebahagian dilepaskan dan sebahagian lagi disembelih.
Budaya dan amalan berkorban ini berterusan sehingga ke zaman bangsa Yunani dan Rumani, pada umumnya mereka membahagi-bahagikan daging korban kepada orang yang hadir. Semasa upacara penyembelihan, pendeta mereka memercikkan madu dan air, kemudian madu diganti dengan air mawar. Adat ini terdapat sampai sekarang. Di samping bangsa Yunani, korban dengan melakukan penyembelihan terhadap manusia juga berlaku, ini dilakukan oleh bangsa Finiki, Parsi, Rom dan bangsa Mesir kuno. Wallahuaklam
6:
Bolehkah penyembelihan haiwan korban diniatkan sekali
dengan aqiqah?
J: Pada hari raya korban kita disunatkan menyembelih
haiwan korban, begitu juga pada hari ketujuh kelahiran
seorang anak, kita dituntut melaksanakan aqiqah untuknya,
jadi apabila bertemu hari raya korban bertepatan dengan
hari ketujuh kelahiran anak, maka mengikut pandangan ulama
mazhab Hanbali, kita boleh gabungkan niatkan perlaksanaan
korban tersebut dengan niat untuk aqiqah anak, seperti
mana jika bertemu hari Jumaat dengan Hari Raya, maka
saudara boleh niatkan mandi sunat keduanya dengan sekali
mandi sahaja. Wallahuaklam
7:
Siapakah yang dituntut untuk melaksanakan korban?
J: Menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Korban
dianjurkan ke atas seluruh umat Islam, akan tetapi
tuntutan sebenar ialah kepada yang mampu, sehingga
Rasulullah S.A.W memberi amaran dalam beberapa buah hadis
kepada mereka yang tidak menunaikan ibadah korban, antara
hadis tersebut ialah;
Maksud hadis, “Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu),
tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat
solat kami.” Wallahuaklam
8:
Apakah jenis korban yang dilarang oleh Islam?
J: Korban yang diamalkan oleh seluruh umat Islam pada
setiap tahun diniatkan hanya kerana Allah S.W.T, dengan
tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T di samping
mendapat ganjaran lain yang telah Allah S.W.T janjikan.
Oleh itu, mana-mana korban atau penyembelihan yang
diniatkan kepada selain Allah S.W.T, seperti korban yang
dilakukan untuk memuja sesuatu, atau untuk tujuan ilmu
hitam, memuja syaitan dan sebagainya, serta tidak
bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan
ganjaran yang disediakan, maka ia adalah dilarang oleh
Islam. Wallahuaklam
1:
Apakah jenis-jenis ibadah korban?
J: 1. Korban sunat, iaitu menyembelih binatang ternakan
yang tertentu dengan niat taqarrub (mendekatkan diri)
kepada Allah S.W.T. pada Hari Raya Eidhul Adha atau Hari
Raya Haji.
2:
Apakah yang dimaksudkan dengan korban nazar?
J: Korban nazar ialah apabila seseorang itu mengatakan
bahawa jika dia mendapat apa yang dihajatinya dia akan
menyembelih haiwan korban, maka wajiblah ke atasnya
menunaikan nazarnya itu. Bahkan Imam Nawawi menyatakan
bahawa apabila telah terlewat hari yang ditentukan untuk
penyembelihan korban dan ternyata saudara terlupa untuk
menyembelih korban yang dinazarkan itu, maka wajiblah bagi
orang yang bernazar tadi menyembelihnya ketika dia
teringat, walaupun telah berlalu waktunya. Wallahuaklam
3:
Apakah yang dinamakan korban wajib?
J: Korban wajib ialah apabila seseorang membeli seekor
kambing atau lembu atau unta dengan mengatakan bahawa
‘haiwan ini adalah untuk sembelihan korban’, atau ‘aku
beli haiwan ini untuk korban’, maka adalah wajib beliau
menyembelih haiwan tersebut sebagai korban pada hari raya
korban.
Wallahuaklam
1:
Bilakah waktu yang dibolehkan untuk menyembelih haiwan
korban?
J: Waktu yang dibolehkan untuk menyembelih haiwan korban
ialah dari masa khatib turun dari atas mimbar selepas
selesai berkhutbah solat Eidhul Adha, sehingga terbenam
matahari tanggal ke 13 Zulhijjah. Maka waktu menyembelih
haiwan korban ada 4 hari. Sesiapa yang menyembelih korban
sebelum atau selepas waktu itu, tidak sah korbannya. Dalam
sebuah hadis Rasulullah S.A.W;
yang bermaksud, “Yang mula-mula kami lakukan pada hari
kami ini (Hari Raya Haji) ialah kami solat kemudian
pulang, lalu kami menyembelih. Sesiapa berbuat begitu maka
dia telah mengikut sunnah kami. Sebaliknya sesiapa
menyembelih sebelum itu, maka sesungguhnya itulah daging
yang disembelih untuk keluarganya, tidak sedikitpun dikira
sebagai korban.” Wallahuaklam
2:
Apakah jenis haiwan yang lebih utama disembelih sebagai
korban, jantan atau betina?
J: Para ulama berbeza pendapat tentang menentukan haiwan
jantan atau betina yang lebih baik dijadikan korban
Mengikut pendapat dalam mazhab Imam Syafie, haiwan jantan
lebih baik dari haiwan betina. Kesimpulan yang boleh kita
berikan ialah kedua-dua jantina sama ada jantan atau
betina boleh disembelih sebagai haiwan korban.
Wallahuaklam
3:
Bolehkah beberapa orang berkongsi seekor lembu untuk
ibadah korban?
J: Boleh, kita dibenarkan berkongsi sehingga 7 orang atau
7 bahagian bagi seekor lembu atau unta, ini bertepatan
dengan sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi;
“Pada musim haji, Rasulullah S.A.W telah menyuruh kami
berkongsi 7 orang pada seekor unta dan seekor lembu.”
Hadis riwayat Muslim.
Dalam sebuah hadis lain dari al-Barqani;
“Rasulullah S.A.W telah bersabda kepada kami:
“Berkongsilah kamu pada seekor unta dan lembu, untuk 7
orang seekor.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Wallahuaklam.
4:
Bolehkah berkorban dengan sekilo daging?
J: Untuk menjawab soalan tersebut, mari sama-sama kita
renungi kisah Abdullah Ibnu Abbas R.A. Ayahnya (Abbas)
yang merupakan paman Rasulullah S.A.W. adalah seorang
jutawan. Namun Ibnu Abbas tidak berminat mengikut jejak
ayahnya. Ketika Idhul Adha tiba, Ibnu Abbas hanya membeli
daging untuk Korban kerana tidak memiliki persediaan wang
untuk membeli haiwan korban. Melihat perkara tersebut para
sahabat bertanya:
“Apa yang engkau bawa wahai anak paman Rasulullah? Tanpa
malu beliau menjawab: Inilah korban Ibnu Abbas hamba Allah
yang miskin.”
Wallahuaklam
5:
Bolehkah bersedekah sejumlah wang untuk mengantikan
penyembelihan korban?
J: Terlaksananya korban adalah dengan berlakunya
penyembelihan haiwan tertentu dan mengalirnya darah haiwan
tersebut. Adapun perkara lain, seperti sunat seseorang itu
memakan sebahagian daging korbannya, atau menyimpan
sebahagian, atau bersedekah dengan sebahagiannya lagi
adalah amalan sampingan dalam ibadah korban. Maka kita
dapati bahawa bersedekah dengan sejumlah wang ataupun
sejumlah daging yang dibeli bagi mengantikan sembelihan
haiwan korban yang telah ditentukan adalah tidak menepati
tuntutan ibadah korban itu sendiri, berbeza dengan zakat
fitrah, ia bertujuan mengurangkan bebanan orang-orang
miskin. Wallahuaklam
6:
Manakah yang lebih baik, korban dengan seekor kambing atau
satu bahagian lembu?
J: Dalam menentukan haiwan yang mana lebih baik untuk
dijadikan sembelihan korban, imam-imam mazhab berbeza
pendapat, ini kerana banyak sumber dari hadis yang memberi
isyarat akan kelebihan setiap haiwan yang dibolehkan untuk
dijadikan sembelihan korban. Secara umumnya semua
bersetuju manfaat penyembelihan korban tersebut akan lebih
bererti jika dapat dinikmati oleh lebih ramai orang, maka
kesimpulannya, haiwan mana yang lebih banyak dagingnya
boleh dianggap lebih afdal daripada haiwan yang lain tanpa
kita menentukan jenisnya. Wallahuaklam
7:
Bolehkah seekor kambing dikongsi untuk seisi keluarga bagi
ibadah korban?
J: Berkongsi seekor kambing bagi mewakili korban satu
keluarga adalah menjadi amalan Rasulullah S.A.W dan para
sahabat, dalam sebuah hadis Nabi S.A.W.;
“Pada zaman Rasulullah S.A.W, orang berkorban dengan
seekor domba untuknya dan untuk keluarga seisi rumahnya.
Mereka memakan dan mereka berikan orang lain sampai
manusia merasa senang, sehingga mereka menjadi seperti
yang engkau lihat.” Hadis riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi.
Ulama’ besar Asy Syaukani dalam kitabnya Al Raudlah 2:210,
menyatakan :
“Adanya perintah berkorban, menunjukkan kepada wajibnya.
Perintah itu ditujukan atas tuan rumah. Udhiyah (korban)
itu, jika dikatakan wajib, maka bagi isi satu rumah
diwajibkan atas kepala keluarga, atau atas orang yang
mengepalainya, dan bagi orang yang tidak berkeluarga, atau
belum mempunyai rumah tangga yang ia urusi, maka atas
dirinya.” Wallahuaklam
8:
Apakah hukumnya berkongsi wang dengan seorang kawan untuk
membeli seekor kambing bagi tujuan korban?
J: Islam telah meletakkan syarat bahawa seekor kambing
boleh dijadikan haiwan sembelihan korban bagi satu kepala
atau seorang sahaja, manakala mereka yang telah membeli
seekor kambing bagi tujuan korban dengan berkongsi wang,
maka mereka hanya mendapat pahala perkongsian selagi mana
penyembelihan belum berlaku kerana niat yang baik membeli
seekor kambing bagi tujuan korban, akan tetapi selepas
penyembelihan haiwan tersebut, pahala itu hanya untuk
orang yang di atas namanya haiwan korban itu disembelih.
Wallahuaklam
9:
Bolehkah seseorang menyembelih seekor burung untuk korban
kerana tiada kemampuan menyembelih lembu atau kambing?
J: Menyembelih haiwan korban tertentu seperti yang telah
ditentukan oleh syarak adalah wajib, kita tidak diberi
pilihan bagi menyembelih haiwan lain, ia bertujuan
mendapatkan ganjaran yang terbaik yang dijanjikan oleh
Allah S.W.T. Walau bagaimanapun, apabila kita tiada
kemampuan, maka kita disunatkan menyembelih sesuatu
seperti ayam, burung, itik dan sebagainya bagi meraikan
hari raya korban yang disambut. Wallahuaklam
10:
Adakah seseorang yang sedang bermusafir dituntut
melaksanakan korban?
J: Menurut pendapat semua mazhab, ibadah korban juga
dituntut ke atas orang yang bermusafir walau di mana
mereka berada, ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W
yang mana Baginda telah menyembelih seekor lembu korban di
Mina untuk isteri-isterinya. Hadis Riwayat Bukhari &
Muslim.
Bagaimanapun, mazhab Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa
orang musafir tidak dituntut berkorban kerana akan
membebankannya seperti mana mereka juga tidak dituntut
bersolat Jumaat ketika bermusafir. Wallahuaklam
1:
Bolehkah korban dilaksanakan bagi anak saya yang belum
diaqiqahkan?
J: Korban bagi anak kecil adalah atas tanggungjawab ibu
bapanya seperti juga aqiqah, khususnya ibu bapa yang
mempunyai kelapangan dan kemampuan. Jika seseorang itu
berniat ingin membuat korban untuknya maka ia tidak
menjadi masalah, akan tetapi jika didahulukan aqiqah
adalah lebih baik, kerana aqiqah adalah suatu tuntutan
kepada ibu bapa terhadap anak tersebut, sedangkan korban
pula adalah suatu sunnah sahaja. Wallahuaklam
2:
Apa yang perlu didahulukan untuk seorang anak kecil,
korban atau aqiqah?
J: Bagi seorang anak kecil maka sudah tentu aqiqah perlu
didahulukan daripada korban. Sebabnya ialah, pertama;
kerana ibadah aqiqah merupakan tanggungjawab ibu bapanya
yang perlu dilaksanakan seawal mungkin, kedua ; korban
merupakan pengorbanan individu yang dituntut bagi
mendapatkan ganjaran yang besar di sisi Allah S.W.T.,
sedangkan tuntutan tersebut belum terletak di atas diri
anak itu kerana ia masih kecil dan tiada kemampuan
sendiri.
Walau bagaimanapun jika bertemu hari aqiqah anak saudara dengan hari raya korban, maka dibolehkan berniat sembelihan tersebut untuk aqiqah dan korban bagi anak tersebut. Wallahuaklam
3:
Bolehkah niatkan korban bagi ibu bapa yang telah meninggal
dunia?
J: Orang yang telah meninggal dunia amat memerlukan kepada
orang yang masih hidup, khususnya dari kalangan ahli
keluarga bagi meneruskan amal kebajikan yang boleh
menambah bekalan amal baik sebagai bekalan di akhirat
nanti. Seperti amalan sedekah lainnya yang sunat dilakukan
demi menyampaikan pahala kebajikan amalan tersebut kepada
si mati, maka berkorban bagi ibu bapa yang telah meninggal
dunia boleh dilaksanakan mengikut pandangan mazhab Imam
Hanafi dan Imam Hanbali. Berdoalah kepada Allah S.W.T
supaya menerima korban tersebut dan memberikan pahala
kebajikannya kepada kedua ibu bapa. Wallahuaklam
4:
Bolehkah seseorang itu berniat untuk melaksanakan korban
untuk anaknya yang telah meninggal dunia?
J: Korban seperti yang kita ketahui adalah sebahagian
daripada konsep bersedekah dalam mencari keredhaan dan
mengharapkan pahala daripada Allah S.W.T. Seperti amalan
sedekah lainnya yang sunnah dilakukan demi menyampaikan
pahala kebajikan amalan tersebut kepada si mati, mengikut
pandangan mazhab Imam Hanafi dan Imam Hanbali terpulanglah
kepada warisnya untuk melakukan amal kebajikan tersebut
untuk anaknya, dan berdoa kepada Allah S.W.T supaya
menerima korban tersebut dan memberikan pahala kepada
anaknya. Wallahuaklam
5:
Bolehkah seseorang melaksanakan korban bagi orang lain
tanpa pengetahuannya?
J: Melaksanakan korban memerlukan niat yang sengaja, dan
disertai dengan rasa kepatuhan kepada Allah S.W.T.
Seseorang yang berkorban perlu sedar yang ia sedang
melaksanakan suatu tuntutan ibadah yang dinamakan korban.
Manakala korban yang dilaksanakan oleh orang lain tanpa
pengetahuan orang kedua, maka ia tidak memberikan
kesempurnaan kepada perlaksanaan korban itu sendiri, oleh
itu kita tidak boleh melaksanakan korban bagi orang lain
melainkan dengan keizinannya, kecuali ahli keluarga.
Wallahuaklam
1:
Adakah seseorang patut menyembelih sendiri haiwan
korbannya?
J: Adalah sunat bagi lelaki yang hendak berkorban itu
menyembelih sendiri haiwan korban tersebut dengan
tangannya, jika ia mampu. Jika ia tidak mampu, maka
berwakillah kepada orang lain, kerana “Nabi S.A.W telah
berkorban dengan 100 ekor unta, 63 ekor daripadanya
Baginda sendiri menyembelihnya dan 37 ekor lagi
diserahkannya kepada Saidina Ali bin Abi Talib untuk
disembelihkan.” Hadis riwayat Ahmad dan Muslim.
Wallahuaklam
2:
Bolehkah seseorang mewakilkan pihak tertentu melaksanakan
korban bagi pihaknya di tempat lain?
J: Telah menjadi suatu amalan umat Islam di mana-mana
bahawa mereka mewakilkan penyembelihan korban kepada pihak
tertentu, sama ada pihak masjid, tukang sembelih atau
syarikat tertentu seperti yang berlaku di Makkah
al-Mukarramah pada musim Haji. Maka mewakilkan
penyembelihan korban kepada pihak lain adalah suatu yang
dibenarkan oleh agama bagi memudahkan amalan dan budaya
tersebut diamalkan oleh umat Islam seluruhnya.
Dalam kitab I’anah ath-Thalibin: 2 / 381, Asy-Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi pernah ditanya:
“Sudah menjadi kebiasaan orang-orang negeri Jawi (Kepulauan Melayu) berwakil kepada seseorang untuk membeli na’am (seperti lembu dan kambing) di Makkah untuk dijadikan aqiqah dan korban, dan penyembelihannya dilakukan di Makkah, sedangkan orang yang hendak beraqiqah atau berkorban itu berada di negeri Jawi, maka adakah sah perbuatan sedemikian atau tidak? Mohon fatwakan kepada kami.”
Jawapan Asy Syeikh : “Ya! Sah yang demikian itu dan harus berwakil membeli binatang korban dan aqiqah yang begitu juga untuk menyembelihnya sekalipun di negeri yang bukan negeri orang yang berkorban dan beraqiqah itu.”
3:
Bolehkah seseorang mewakilkan orang lain menyembelih
haiwan korban bagi pihaknya?
J: Hukum asal penyembelihan binatang korban itu adalah
sunat dilakukan sendiri oleh orang yang berkorban. Walau
bagaimanapun orang yang tidak mampu melaksanakannya adalah
lebih afdhal mewakilkan kepada orang lain untuk
menyembelih binatang korbannya bagi pihak dirinya.
Dalam kitab Sabil al-Muhtadin : 214, “Kata Syeikh Muhammad bin Sulaiman: “Harus berwakil pada membeli na’am korban di negeri yang lain dan pada menyembelinya dan pada membahagikan dagingnya bagi segala miskin negeri itu. Maka iaitu zahir sama ada negeri Makkah atau lainnya… Akan datang kenyataannya dan sayugianya hendaklah yang berwakil menyerahkan niat korban kepada wakil pada masalah ini. Wallahuaklam”
1:
Bolehkah seseorang itu memakan sedikit daripada daging
korban nazarnya?
J: Jika korban yang dilakukan atas niat menunaikan nazar ,
maka daging korban tersebut tidak boleh dimakan oleh orang
yang berkorban. Semua daging korban tersebut hendaklah
disedekahkan kepada mereka yang berhak menerimanya.
Wallahuaklam
2:
Bolehkah kita memakan daging haiwan korban kita sendiri?
J: Kita memang dibenarkan oleh agama untuk memakan
sebahagian daripada daging haiwan korban yang kita
lakukan. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W. bersabda;
“Makanlah, buatlah jamuan untuk orang makan dan simpanlah
sebahagian daging korban kamu.”
Mengikut pendapat ulama, kita dibolehkan memakan sepertiga
daripada daging korban tersebut. Wallahuaklam
3:
Bolehkah kita menjual daging korban?
J: Hakikat dan tujuan korban ialah untuk mendekatkan diri
kepada Allah S.W.T melalui ibadah korban dengan
mengorbankan sesuatu untuk dirasai oleh orang lain, bukan
mengorbankan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri. Jadi,
menjual daging korban amat bertentangan dengan tujuan dan
matlamat yang digariskan. Oleh itu, menjual daging haiwan
korban adalah tidak dibolehkan. Kita hanya digalakkan
memakan sebahagian daripada daging korban tersebut bagi
mengambil keberkatan daripada ibadah korban tersebut.
Wallahuaklam
4:
Bolehkah kita menjual kulit haiwan korban?
J: Menjual kulit haiwan korban adalah dilarang oleh agama,
kerana ia bertentangan dengan matlamat dan tujuan sebenar
korban itu dianjurkan, dan ia juga bertepatan dengan
sebuah hadis Nabi S.A.W yang berbunyi;
“Sesiapa yang menjual kulit korbannya maka tidak ada
korban baginya.” Hadis riwayat Hakim.
Walau bagaimanapun, menurut pendapat Imam Abu Hanifah,
kulit haiwan korban boleh dijual dan harganya disedekahkan
atau dibelikan sesuatu keperluan rumahtangga. Wallahuaklam
5:
Ada pandangan mengatakan bahawa kita mesti makan
sebahagian daging korban yang kita sembelih, bolehkah kita
sedekahkan semua daging sembelihan korban?
J: Memakan sebahagian daripada daging korban itu
dibolehkan oleh agama untuk kita sama-sama merasa dan
mendapat keberkatan dari ibadah tersebut, adapun jika
seseorang ingin bersedekah dan memberikan semua daging
korban tersebut kepada mereka yang layak menerimanya, maka
ia amatlah baik sekali. Wallahuaklam
1:
Bolehkah diberikan sebahagian daging korban atau kulit
haiwan korban sebagai upah kepada tukang sembelih?
J: Dalam hal ini Islam tidak membenarkan kita membayar
upah kepada tukang sembelih haiwan korban dengan daging
mahupun kulit haiwan korban tersebut. Maka seseorang perlu
membayar upah tersebut daripada sumber lain yang dimiliki.
Ini bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W. dari Saidina Ali
R.A.;
“Kami memberikan upah kepada orang yang menyembelih haiwan
tersebut dari bahagian yang ada pada kami.” Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim.
Wallahuaklam
2:
Bagaimana cara yang paling baik mengagihkan daging korban?
J: Bagi pengagihan daging korban, golongan yang paling
diutamakan ialah fakir miskin daripada kalangan keluarga
terdekat, kemudian fakir miskin dari kalangan jiran
tetangga. Tidak boleh diberikan kepada fakir miskin yang
tidak beragama Islam. Walau bagaimanapun kita disunatkan
memakan hati haiwan korban tersebut, kerana menurut
riwayat Al-Baihaqi, “Rasulullah S.A.W memakan hati
korbannya.”
Dan Allah S.W.T juga menyuruh orang yang berkorban memakan
sedikit daripadanya, sebagaimana firman Allah S.W.T dalam
surah al-Hajj, ayat 28;
Maksud ayat “Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya
dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan oleh
orang-orang yang sengsara lagi fakir.”
Wallahuaklam
3:
Bolehkah orang kafir diberikan daging korban?
J: Matlamat dan tujuan kita dianjurkan berkorban adalah
jelas, antara lain mensyukuri nikmat Allah S.W.T yang
dikurniakan sepanjang tahun tersebut, dan memberikan orang
lain sama-sama merasa nikmat Allah S.W.T, di samping
merapatkan lagi ukhuwwah sesama umat. Oleh itu pemberian
daging korban kepada orang yang bukan Islam tidak
bercanggah dengan mana-mana tujuan korban itu dianjurkan,
maka mengikut pandangan mazhab Hanbali adalah dibenarkan
kita memberikan daging korban sunat sebagai hadiah kepada
orang bukan Islam, tetapi daging korban wajib tidak boleh
kita berikan kepada orang bukan Islam. Wallahuaklam
4:
Apakah hukum menjemput orang kafir untuk makan daging
korban yang telah dimasak?
J: Seperti mana kita dibenarkan memberikan daging korban
sunat kepada orang bukan Islam berdasarkan kepada
pandangan mazhab Hanbali, maka menjemput mereka makan
daging sembelihan korban sunat adalah dibolehkan asalkan
ia mempunyai niat yang baik dan tidak bertentangan dengan
tujuan dan matlamat murni korban itu sendiri, dan juga
syaratnya ialah bukan daripada daging korban wajib.
Wallahuaklam
5:
Bolehkah seseorang itu mengambil 1 atau 2 bahagian di
dalam seekor lembu korban dengan niat ingin mendapat
daging sahaja?
J: Ibadah korban hanya tercapai dengan berlakunya
penyembelihan haiwan korban tertentu, pada hari-hari
tertentu, dengan berlakunya tumpahan darah dari haiwan
yang disembelih, maka terlaksanalah ibadah korban. Oleh
itu, sembelihan mestilah berlaku dengan niat yang satu
iaitu korban. Akan tetapi ada pendapat di dalam mazhab
Syafie yang mengatakan bahawa berkongsi bahagian dalam
seekor lembu korban dengan niat yang berbeza adalah
dibenarkan, dan setiap orang mendapat hak masing-masing.
Wallahuaklam
Isi borang di bawah untuk mendaftar perkhidmatan Korban kami.
Ada pertanyaan? Kami di sini untuk membantu. Hubungi kami melalui mana-mana saluran berikut.
MudahKorban.Com
Internet Marketing & Services
8-23-03 (2nd Floor),
Jalan Medan Pusat Bandar 7A,
Bangi Sentral,
43650, Bandar Baru Bangi, Selangor
03-82113743
admin@mudahkorban.com
Sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin.